DUA HARI SEBELUM RAMADAN


Pagi tu teman isteri check up minggu ke-38 anak kedua saya kat Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong. Yang sulung kami tinggalkan bersama Toknya di rumah. Kebetulan mak saya datang untuk sambut puasa di KL.

Awal pagi kami dah keluar, sebab nak elak jalan sesak. Alhamdulillah, lancar, siap boleh parking kat dalam kawasan klinik lagi. Lega. Tapi orang tetap ramai. Isteri dapatkan nombor giliran. Masih lama. Kami mencari tempat duduk.

Continue reading

Agar Anak Soleh


Saya kongsikan amalan daripada Al-Fadhil Ustaz Yusaini Yahya Hafizahullah Taala.

*******
Ahbab sekalian;

Di sini saya kongsikan amalan untuk memohon kepada Allah SWT agar anak kita menjadi anak soleh lagi berbakti kepada ayah bonda:

Letakkan tangan di atas ubun-ubun kepala anak kita sambil membaca:

1. البر (Al-Barru ) 7 kali
2. الرقيب ( Ar-Raqiibu) 7 kali
3. الشهيد ( Ash-Shahiidu) 7 kali

4. Kemudian diteruskan dengan membaca Surah Al-Qadr (انا انزلناه فى ليلة القدر) satu kali sambil mengusap dari depan kepala anak sampai belakang kepala.

Buat setiap hari atau 7 hari berturut-turut atau 40 hari berturut-turut.

Insya-Allah dengan barakah Asmaul Husna dan ayat Al-Quran moga dikabulkan Allah SWT hajat kita semua yang mahukan anak soleh lagi berbakti.

‪#‎amalanorangsoleh‬

Continue reading

Talaqqi


Tak lama lagi dah nak puasa. Saya di Galeri Ilmu sebagai Tukang Edit dah masuk tahun ke-4. Orang kata tempoh matang 5 tahun. He he.

Kat sini saya mula kenal lebih dekat pengajian secara berguru, berkitab kulit ke kulit. Walaupun semasa kuliah saya asyik tersengguk-sengguk saja. Continue reading

MAAFKAN SAYA CIKGU


|Entah kenapa, drama Slot Cerekarama, Sabtu kat TV3 lepas buat air mata saya tumpah. Cerita yang penuh dengan emosi, didikan adab, dan punchline yang mengena, buatkan saya sekejap ketawa, dan sekejap mengelap air mata.

Mana tidaknya, drama terbitan Art Ornament Sdn. Bhd, arahan Riza Baharudin ini buat saya terus sangkut hingga tamat. Tiada adegan cintan cintun bagai yang klise.

Continue reading

PEMAAF


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ بُرْدٌ نَجْرَانِيٌّ غَلِيْظُ الْحَاشِيَةِ، فَأَدْرَكَهُ أَعْرَابِيُّ فَجَبَذَهُ بِرِدَائِهِ جَبْذَةً شَدِيْدَةً، فَنَظَرْتُ إِلَى صَفْحَةِ عَاتِقِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَثَّرَتْ بِهَا حَاشِيَةُ الْبُرْدِ مِنْ شِدَّةِ جَبْذَتِهِ، ثُمَّ قَالَ: يَا مُحَمَّدُ! مُرْ لِيْ مِنْ مَالِ اللهِ الَّذِيْ عِنْدَكَ، فَالْتَفَتَ إِلَيْهِ فَضَحِكَ ثُمَّ أَمَرَ لَهُ بِعَطَاءٍ.

(متفق عليه)

Daripada Anas r.a. berkata: “Adalah aku (pada suatu hari) berjalan bersama dengan Rasulullah SAW, dan beliau ketika itu memakai selendang buatan Najran yang kasar di tepinya. Tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu dia menarik selendang Rasulullah SAW itu dengan sekuat-kuatnya. Dan aku melihat di batang leher Rasululllah SAW akan kesan tepi selendang tersebut kerana Arab Badwi itu telah menariknya dengan kuat. Kemudian Arab Badwi itu berkata: ‘Hai Muhammad! Suruhlah (pegawaimu) memberikan kepadaku akan harta Allah yang ada di sisimu.’ Lalu Rasulullah SAW menoleh ke arahnya sambil Baginda tersenyum dan menyuruh (pegawainya) memenuhi kehendak Arab Badwi itu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Continue reading

BERSIKAP LEMAH LEMBUT


 

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ، وَيُعْطِيْ عَلَى الرِّفْقِ مَا لاَ يُعْطِيْ عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لاَ يُعْطِى عَلَى مَا سِوَاهُ.

(رواه مسلم)

Continue reading